Kenapa rumah saya tak dapat pasang Unifi?
Senarai membaca ↓↓↓
Sudah minta agent check Unifi coverage, rasa teruja rumah boleh menikmati WiFi Unimitated. Tapi jawapan yang dapat adalah:
“Maaf, rumah Encik adalah Missing Unit.”
atau
“Kawasan rumah sudah Port Full.”
Respon ini amat mengkecewakan.
Tapi agent pula minta IC dan Utility Bill, takut kena SCAM, jadi anda pun tamat chat dan cari agent lain. Tapi jawapan pun masih sama. Bazir masa saja.☹️
Sebenarnya agent perlukan maklumat untuk submit order bagi menyelesaikan masalah Missing Unit dan Port Full !!!
Kes Port Full
Satu rumah memerlukan satu port Unifi untuk membekalkan WiFi, manakala cuma 8 port dapat diberikan daripada satu kotak Unifi. Port Full maksud 8 port Unifi sudah habis dipasang oleh rumah lain.
Maka, pihak TM akan kumpul demand di kawasan itu selepas terima order “Port Full”. Jika demand tinggi, TM akan tambah port untuk lebih banyak rumah memasang Unifi. 8 port dapat dikeluarkan kepada 8 buah rumah, jadi nampak ada port cepat-cepat hubungi agent anda.
Kes Missing Unit
Maksud Missing Unit iaitu Nombor Rumah / Lot Rumah anda tidak dapat dicari dalam sistem Unifi. Jika berlaku kes ini, TM tidak dapat membuka port ke alamat ini.
Selepas TM menerima order “Missing Unit”, TM perlu siasat alamat sama ada dapat membekalkan perkhimatan Unifi kepada pelanggan.
Berikut ialah kes Missing Unit yang berjaya diselesaikan.
Nasihat kepada pelanggan yang membaca artikal ini, order Port Full dan Missing Unit akan mengambil masa yang lebih panjang. Ada pelanggan dapat pasang Unifi dalam satu minggu, ada yang perlu tunggu beberapa minggu atau bulan.
⚠️⚠️Kalau sudah submit order, perlulah sabar. Jangan pergi counter TM point untuk follow up. Apa saja contact dengan agent.
Comments